Gambar ini saya ambil dari Facebook yanf dimuatnaik oleh En. Radzali Saad. Berikut pula ialah senarai Tuan Rumah perjumpaan keluarga sejak kali pertama diadakan. Tengok dalam gambar Setiausaha kita handsome macho lagi. hehehehe....
Tahun 2009 diadakan di Kem Kenari, Yan Besar dan 2010 di perkarangan RTM Alor Setar.
keluarga tok nai din
merakamkan ujudnya keluarga tok nai din dan menjejaki asal-usul untuk generasi akan datang.
Tuesday, August 16, 2011
Monday, August 15, 2011
PERJUMPAAN KELUARGA 1432 HIJRAH (2011)
Saya baru mendapat maklumat bahawa perjumpaan keluarga tahun ini akan diadakan di rumah Pak Su Razak (Tauke Ayam), Pendang. Berdasarkan rekod perjumpaan, ini merupakan kali ketiga diadakan di rumah Pak su Razak. Kali pertama ialah pada tahun 1998 dan kedua pada tahun 2005.
Saya akan update dengan alamat yang lengkap beserta peta laluan untuk ke rumah beliau apabila mendapat alamat penuh nanti.
Saya akan update dengan alamat yang lengkap beserta peta laluan untuk ke rumah beliau apabila mendapat alamat penuh nanti.
Adalah diharapkan seluruh keluarga akan dapat meluangkan masa pada hari raya kedua nanti untuk sama-sama kita mengeratkan tali silatulrahim sesama keluarga. Seluruh keluarga dijemput hadir dan harap sesiapa yang membaca posting ini dapat sampai menyampaikan maklumat ini. Seseungguhnya usaha mengeratkan tali silatulrahim sesama kita amat digemari oleh Baginda Rasulullah S.A.W.
Sebagai panduan, bagi mereka yang datang dari Utara atau Selatan melalui Lebuhraya PLUS, bolehlah mengambil susur keluar ke Kota Sarang Semut, sebelum sampai Alor Setar.
Tuesday, August 09, 2011
SALAM AIDIL FITRI 2010
Tahun ini Aidil Fitri datang lagi. Syukur kita kepada Allah SWT kerana masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini kerana ada di antara sanak saudara kita yang telah pergi menyahut panggilanNya selepas Aidil Fitri tahun lalu.
Sehingga kini saya masih lagi mengharapkan akan ada di kalangan anak-anak generasi baru Keluarga ini tampil untuk membantu saya mengendalikan blog ini agar ia dapat terus hidup untuk memberikan maklumat dan menjalinkan tali salitulrahim sesama keluarga besar ini.
Friday, March 18, 2011
AlFatihah Kepada Allahyarham Mohd Zahir Baharum


Dukacita dimaklumkan bahawa adik saya Mohd Zahir Baharum telah kembali Rahmatullah pada 17hb Mac 2011 setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sejak 3 Mac 2011.
Allahyarham telah menjalani pembedahan usus dan doktor kemudiannya diagnose tisu mendapati beliau telah diserang cancer dan sudah masuk stage 4.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 11.40 pagi di hospital.
Jenazah telah dibawa balik ke rumah keluarga di Kampung Berjaya, Alor Setar dan kemudiannya selamat dikebumikan di tanah perkuburan mesjid Al Ghufran, Akar Peluru, Alor Setar.
Al Fatihah kepada Allahyarham - AL FATIHAH.
Sebagai abang, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menguruskan jenazah Allahyarham.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar yang bersungguh-sungguh berusaha menyelamatkan Allahyarham, tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya.
Allahyarham telah didiagnose oleh doktor kematian disebabkan Advanced Colon Cancer dan Peritonial Metastasis
Published with Blogger-droid v1.6.7
Saturday, March 12, 2011
Keluarga Sakit
12/3/2011 Mohd Zahir Bin Baharum yang mengajar di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman kini sedang terlantar di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah. Alor Setar selepas menjalani pembedahan usus minggu lepas. Beliau masih lagi bergantung kpd bantuan oksigen.
Mohd Zahir ialah anak kpd Hj Baharum, Kg Berjayadan sepupu kepada arwah bekas Presiden kita, Tn Hj Hashim bin Ismail
Mohd Zahir ialah anak kpd Hj Baharum, Kg Berjayadan sepupu kepada arwah bekas Presiden kita, Tn Hj Hashim bin Ismail
Published with Blogger-droid v1.6.7
Friday, January 14, 2011
Jemputan Kenduri Kahwin Drp Dr Fadil Othman
AS SALAM SEMUA AHLI KELUARGA TOK NAI DIN,
DENGAN HORMATNYA DIPERSILAKAN HADIR MAJLIS KENDURI ANAK LELAKI KAMI
PADA HARI
AHAD 6HB FEB 2011
DI DEWAN ALUMNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR BAHARU
JAM 11;30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
SEMOGA SEMUA ADIK BERADIK KITA TERUTAMA YANG TINGGAL DI NEGERI JOHOR, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN MAUPUN SELANGOR ATAU PAHANG DAN KUALA LUMPUR DAPAT SAMA-SAMA TURUT MEMERIAHKAN MAJLIS BELIAU..
WASSALAM
PROF DR FADIL OTHMAN
9 JALAN KEBUDAYAAN 19 N
TAMAN UNIVERSITI \SKUDAI 81300JOHOR BAHRU
H/P 0197133130
Tuesday, September 21, 2010
Rakaman Perjumpaan Keluarga Tok Naidin 2010 Di RTM
Berikut ialah rakaman siaran perjumpaan kali ke 37 yang diadakan di perkarangan RTM Alor Setar pada Hari Raya Aidil Fitri yang lalu yang terdapat dalam Facebook. http://www.facebook.com/profile.php?id=1789219779#!/video/video.php?v=161539053862320&comments&ref=notif¬if_t=video_reply Video ini dipost oleh Mohd Shauki
Subscribe to:
Posts (Atom)