Tuesday, June 13, 2017

INFO PERJUMPAAN KELUARGA KALI KE 44 - 2017

Cadangan untuk menanjurkan Perjumpaan Keluarga Tok Naidin untuk tahun 2017 telah dipersetujui semasa perjumpaan kali ke 43 di Yang Besar pada tahun 2016. Kini ianya sudah dipastikan bahawa lokasi Perjumpaan Kali ke 44 akan diadakan di PAWANA JERAI RESORT, Kg Ruat, Yan Kedah.

Pawana Jerai Resort terletak lebih kurang 6 Km dari Pekan Yan Besar menghala ke Tanjung Jaga dan Merbuk.

Berikut diberikan peta laluan untuk ke Pawana Jerai Resort.

1. DARI ARAH ALOR SETAR 


Saya mengambil Masjid Zahir sebagai tempat permulaan kerana ianya central dan semua orang tahu lokasinya.

Dari Masjid Zahir boleh pergi terus hingga ke persimpangan Jalan Kuala Kedah (Maktab Mahmud). Dari sini sama ada boleh belok ke kanan arah Kuala Kedah atau kiri, arah Simpang Kuala.

Jika ke arah Kuala Kedah (Route 78), boleh masuk melalui Batas Paip (Route K1) yang membawa terus ke pekan Yan Kecil dan kemudian Yan Besar. Pengalaman saya pada musim Aidil Fitri, jalan ini agak sibuk kerana ia hanya jalan dua hala dan boleh dikatakan perjalanan agak lambat untuk sampai ke destinasi berbanding hari-hari biasa. Kalau boleh elak ambil jalan ini.
PETA 1 Melalui Jalan Batas Paip

Lebih baik ambil Jalan Raya Persekutuan (Route 1) menghala ke Sungai Petani. Pandu terus hingga ke Pekan Guar Chempedak dan di lampu isyarat belik ke kanan menghala ke pekan Yan.
 Peta 2 melalui Pekan Guar Chempedak

Peta 3: Guar Chempedak

Pawana Jerai Resort terletak selepas pekan Yan Besar.

2, PANDUAN DARI ARAH SELATAN 

 Bagi mereka yang datang dari arah selatan atau dari arah utara dan menggunakan Lebuhraya PLUS boleh masuk melalui Exit Gurun berbanding Exit Sungai Petani Utara. Saya perturunkan peta laluan mengikut laluan dari Gurun.
Peta 4 melalui pekan Gurun

Selepas keluar dari Lebuhraya PLUS ke pekan Gurun, ambil simpang ke kanan di lampu isyarat bertentangan Balai Polis Gurun menghala ke pekan Guar Chempedak (Rujuk Peta 3 diatas) 
Peta 5 : Gurun
3. DARI SUNGAI PETANI

Mereka yang dari arah Sungai Petani ada 3 laluan yang boleh diambil tetapi yang paling dekat ialah Jalan Lencongan Barat (Route 257) menuju ke arah Kompleks Jeti Sungai Merbok iaitu masuk melalui Jalanraya Semeling (K167).


Selepas Semeling Buddhist Temple, belok ke arah kiri untuk masuk ke Jalan Pintasan Semeling hingga ke persimpangan di Taman Lembah Bujang Fasa 3. 
  . Peta 6 : Semeling

Pandu terus hingga ke Route K150 menuju ke Pekan Merbok.


Peta 6 : Merbok

Alternatif kedua (Peta 7) ialah memandu terus ke Pekan Bedong dan masuk kiri ke Persimpangan Lampu Isyarat di Bedong, ke arah Merbok. Laluan ini lebih jauh tetapi sedikit mudah berbanding alternatif pertama. 
 Peta 7

Alternatif ketiga ialah terus menuju arah urata hingga ke Pekan Guar Chempedak

Peta 8: Melalui Guar Chempedak

Semua laluan yang saya berikan adalah merujuk kepada Google Maps yang juga boleh diinstall dari Google Play
Saya tak pasti sama ada penggunaan Waze boleh membantu kerana saya tidak pernah lagi menggunakannya untuk mencari destinasi. Berdasarkan pengalaman saya di Putrajaya saya dibawa oleh Waze ke lokasi yang salah. 


No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009