Friday, May 25, 2018

PERJUMPAAN KALI KE 45 TAHUN 2018 DI JITRA

Sekali Jitra menjadi hos untuk Perjumpaan Keluarga Tok Nai Din pada 2 Syawal 1439 bersamaan 16 Jun 2018. 

Tuan rumah untuk perjumpaan kali ke 45 ini ialah Mohammad bin Sheikh Abu Bakar. 

 Foto Atas : Masjid Al A'la dan Bawah: Dewan tempat Perjumpaan Keluarga


Masjid Al A'la dipilih sebagai lokasi perjumpaan memandangkan ia cukup selesa untuk menampung kehadiran keluarga besar ini dan dijangka lebih daripada 700 ahli keluarga akan hadir. Sebagai makluman keluarga besar ini dikhabarkan sudah pun capai Generasi ke 13 bermula dari Tok Nai Din.

Namun demikian jika dikaji nasab keluarga, maka dapat dilanjutkan sehingga ke Syarif Abu Bakar Shah Yang Di Pertuan Kedah @ Boromo Raja Ekataat V Ayuthia Sultan Muhiyuddin Iskandar Mansor Shah.

Matlamat perjumpaan ialah sebagai "One-stop Meetup" untuk keluarga yang ramai. Dengan menghadiri perjumpaan tahunan ini, peluang untuk berjumpa seramai mungkin sanak saudara adalah besar. Apa yang penting ialah usaha untuk menyokong Silatulrahim sebab Islam sendiri mengesa kita mencari nasab sendiri.

Alasan mengatakan hadir setiap tahun pun yang kenal orang itu itu juga, hendaklah dikikis dari hati kita. Kita pegang pada pepatah Melayu Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kita sendiri hendak berusaha mencari nasab kita, mencari adik-beradik baru, mencari kenalan baru.

Pengalaman saya sendiri, jumpa kenalan yang tinggal se taman di Perjumpaan Keluarga, baharu tahu rupanya adik beradik. Itu satu contoh mudah berdasarkan pengalaman sendiri. Jangan sampai "beretuh bahu di pekan, tak tahu org itu sebanarnya adik beradik".

Jomlah tahun ini kita berazam untuk hadir dan kenal-mengenali adik beradik kita.



MACAM MANA NAK PI NI?

Saya dah siapkan peta untuk pergi ke lokasi. Sila rujuk pada peta di bawah.

1. DARI ALOR SETAR/ SELATAN

    *Boleh ikut Lebuhraya PLUS dan keluar Exit Jitra/Malau.
    *Belok kiri dan ambil susur ke kiri arah ke Jitra sebelum tiba pada
       roundabout.
    *Teruskan hingga lampu isyarat di simpang ke Kodiang/Arau dan belok kanan
    *Terus hingga jumpa satu lagi lampu isyarat. Masjid Al A'la terletak di sebelah
      kiri selepas lampu isyarat.

2. DARI  AIR HITAM, KEDAH

    *Boleh ikut Jalan Air Hitam ke Batu 17 Jalan Kodiang.
    *Belok kanan ke arah Jitra
    *Masjid Al A'la terletak sebelah kanan selepas lampu isyarat di persimpangan
      Jalan hospital.
   
3. DARI SUNGAI BARU/ ALOR SETAR

    * Boleh ikut Jalan ke Sungai Korok/Kubang Sepat
    * Di persimpangan Pekan Sungai Korok belok kanan ke arah Jitra
       (Simpang bertentangan Balai Polis Sungai Korok)
    * Belok Kiri ke Jalan Kampung Padang sebelum sampai Pekan Jitra (Rujuk
       Peta).
     *Tiba di lampu isyarat Jalan Kodiang, belok Kiri. Tu dia dah nampak Masjid
       dah.

4. DARI UTARA/CHANGLOON

    *Ikut Lebuhraya PLUS ke Pekan Jitra
    *Selepas roundabout (Hospital Jitra) sambung panduan ikut seperti Panduan
      No 1 di atas.
    *Ish, ish, Orang Changlun tak kan tak pernah mai Jitra kot.





  

No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009