Sejak dianjurkan perjumpaan keluarga Tok Nai Din telah 44 tahun berturut-turut ianya dianjurkan. Pada setiap 2 Syawal kaum keluarga akan berkumpul di tempat yang ditetapkan secara bergilir-gilir dan sukarela untuk menjadi tun rumah.
Semoga tradisi berjumpa pada hari raya kedua setiap tahun akan diteruskan oleh generasi- generasi yang akan datang. Ini memandangkan semakin ramai yang sudah tidak mengenali sanak saudara sendiri yang menjadikan hubungan silatulrahim semakin renggang, sedangkan Nabi S.A.W menganjurkan kita mencari nasab sendiri.
Kepada generasi baru, Tok Nai Sin adalah merupakan antara pahlawan Melayu Kedah yang menentang tentera Sukothai pada sekitar tahun 1820an. Tok Nai Din dengan pengikut-pengikutnya bersama-sama pejuang-pejuang Melayu menentang kemaraan tentera Sukothai tetapi terpaksa mengundur dari Kota pertahanan di Alor Ganu ke Kota Meng Kwang (Kota Mengkuang) akibat tekanan kuat dari tentera Sukothai.
Adala dipercayai Tok Nai Din setelah tidak dapat bertahan di Kota Meng Kwang, mengundur dan tinggal di Paya Pahlawan sehingga akhir usianya. Tidak dipastikan bagaimana Tok Nai Din meninggal dunia tetapi pada masa itu pihak Sukothai sentiasa mengesan dan membunuh mereka yang begerla Nai kerana pengaruhnya yang kuat terhadap penduduk. Nai dipercayai satu gelaran untuk pembesar.
Makam Tok Nai Din terletak dalam sebuah ladang Kelapa Sawit milik Genting Plantations, tidak jauh dari Paya Pahlawan.
Mengikut cerita dan kaji selidik sebuah stesen TV tempatan, Masjid Bani Hashim di pekan Hosba, dalam Daerah Kubang Pasu dibina oleh Tok Din. Adakah Tok Din itu orang yang sama dengan Tok Nai Din. Ini kerana ketika menjejak nasab Tok Nai Din, dikatakan bapanya ialah Nai Shim yang tinggal di Hosba. Adakah Masjid Bani Hashim itu sempena nama Tok Nai Shim.
No comments:
Post a Comment