Seperti amalannya sejak 42 tahun lepas, setiap kali tiba Hari Raya Aidil Fitri, sanak-saudara dari Keturunan Tok Nai Din akan berhimpun di lokasi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Keluarga.
Jawatankuasa telah bermesyuarat pada 19 Mei 2016 dan telah bersetuju Encik Kassim Bin Hj Yahya akan menjadi tuan rumah untuk perjumpaan tahun 2016.
Perjumpaan kali ke 43 tahun ini bagi sireh pulang ke gagang kerana pada tahun 1974 bersamaan 2 Syawal 1395 perjumpaan kali pertama telah diadakan di Sungai Yan, Kedah dan tuan rumahnya ialah Encik Hanafiah bin Hj Man.
BAWAH: Lokasi Hospital Yan
Gambar di atas adalah kenangan Perjumpaan kali pertama pada tahun 1974 bersamaam 2 Syawal 1395. Tuan rumah Encik Hanafiah bin Hj Man.
Gambar bawah juga adalah kenangan Perjumpaan di Sg Yan, tetapi saya tidak pasti tahunnya. Mungkin perjumpaan tahun 90an, salah satu dari tahun berikut. (1993 : Kali ke 20 Hj Yahya bin Hj Man 1997 : Kali ke 24 Darus bin Long, Batu 25 Jln Yan)
LALUAN KE SUNGAI YAN
Dari Alor Setar boleh melalui Jalan Kuala Kedah dan belok ikut Jalan Batas Paip terus ke Yan Kecil. Jika ikut Route 1 Jalan Alor Setar - Sungai Petani belok kanan di Persimpangan Lampu Isyarat Guar Chempedak.
Bagi mereka yang keluar dari Lebuhraya PLUS di Gurun belok kiri ke untuk ke Route 1 Jalan Sungai Petani - Alor Setar dan di Pekan Gurun belok ke arah Alor Setar.
Kemudian ikut panduan seperti di Peta Google di bawah, sama ada dari arah Sungai Petami mahupun dari arah Alor Setar.
Sanak saudara boleh mula berkumpul mulai jam 8.00 pagi dan mendaftarka diri untuk mendapat Nombor Cabutan Bertuah. Majlis juga akan menyampaikan sumbangan kepada sanak saudara Veteran dan yang uzur disamping sumbangan Duit Raya kepada anak-anak.
Mana-mana kaum keluarga yang ingin menyumbang duit daya kepada anak-anak boleh menyerahkannya kepada Urusetia untuk dikumpulkan sebelum disumbangkan.
Jawatankuasa juga mengalu-alukan mereka yang ingin menyumbangkan hamper atau lain-lain barangan untuk cabutan bertuah juga boleh berbuat demikian semasa hari perjumpaan.
Sanak saudara boleh juga membawa kuih muih untuk di makan bersama,
KEPENTINGAN BERSILATULRAHIM
Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di bawah ini:
“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)
Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah saw. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari)
Allah swt mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharam memutuskannya dan menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada mereka yang ada hubungan kekeluargaan.
Firman Allah swt dalam surah An-Nisa', ayat 1 yang bermaksud:
"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki dan perempuan. Maka hendaklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian"
Dalam surah yang sama (An-Nisa’), ayat 36, Allah swt berfirman lagi, yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"
Rasulullah saw ada membuat penjelasan berhubung dengan hubungan silaturrahim ini. ANTARA hadis yang berkaitan:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari)
“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, dengan bersandarkan peringatan Allah swt dan Rasul saw ini, MARI KITA jalin, MARI KITA pelihara dan MARI KITA suburkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita. Penghargaan : Luah Fikiran ...Mari Kita
No comments:
Post a Comment