Thursday, September 03, 2015

Kisah Nai Man

Saya ingin kongsikan kisah ini untuk pengetahuan kaum keluarga Tok Nai Din dan yang ingin mengkaji salasilah keluarga apa yang saya petik dari tulisan olahan Sdr Zulkefley Baharom. Dalam kisah ini ada disebut tentang Nai Shim yang mengikut usaha menjejak Warisan Tok Nai Din oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Keluarga pada Disember 2014, dipercayai mempunyai hubungan.

Hubungan itu dikatakan bahawa Tok Nai Din adalah anak kepada Nai Shim dan olahan di bawah ini ada menyebut nama Nai Shim itu.

Kisah Nai Man dari Kedah yang disampaikan oleh Tuan Hj Samsuddin Abdul Jalil..

Saya hanya ingin menyampaikan sebuah kisah seorang pemuda yang hanya dikenali dengan nama Nai Man dari Kampung Asun Kedah, Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1830an. Sejak zaman kanak2 lagi saya hanya mendengar cerita dan mengetahui bahawa Nai Man itu berasal dari Kedah. Dia merantau ke Perak, menumpang di rumah kawan-kawannya yang terlebih awal berhijrah ke Perak. Penempatan asal mereka di tepi Sungai Kurau dekat Bagan Serai Perak. Kampung itu lebih dikenali dengan sebutan Kampung Kedah sekarang ini. Sebelum itu disebut Kelompang. Apabila Inggeris mengambil tanah di situ untuk ladang getah, mereka mudik ke hulu di Kampung Alor Penyengat, Pada masa ini Kampung Kedah ini dikenali dengan nama Jalan Banjar Masjid Tinggi Bagan Serai, Perak.

Dalam tahun 1970an saya berkenalan dengan Allahyarham Zainon seorang anggota PDRM berasal dari Asun. Dari perkenalan inilah bermula kisah siapa Nai Man sebenarnya. Saya pernah menziarahi Kampung Asun bersama Zainon dalam tahun 70an bertemu beberapa orang (tidak ingat lagi) kerana Allahyarham Zainon adalah pangkat cucu kepada Nai Sim, Nai Ya dan Nai Pa, Saya terputus hubungan dengan Allahyarham Zainon sejak dia bersara kembali ke Kedah. Saya pernah menziarahi balunya di Langkawi dalam tahun 2008.

Kisah bermula Nai Man terpaksa meninggalkan Kampung Asun berpunca dari satu perselisihan dalam pertandingan lawan/lumba kerbau. Ada kematian dan disabitkan kesalahan kepada Nai Man yang didalangi oleh pihak Thai. Puak Thai telah membunuh pemenang perlumbaan tersebut dan mereka menyalahkan Nai Man. Nai Sim selaku penghulu (yang sebenarnya adalah Raja Kubang Pasu) terpaksa menjatuhkan hukuman walaupun adiknya sendiri setelah dihasut oleh talibarut Thai.
Dikisahkan menurut aturan mereka sesiapa yang menyebabkan kematian orang lain hendaklah diikat pada kayu dalam sungai berhampiran. Jika tiadak silap saya sungai itu tidak berapa jauh dari Asun, Sungai Besar namanya. Hendaklah di ikat sebelum air pasang, Bila air pasang ia akan tenggelam dan mati lemas.

Diluah mati emak ditelan mati bapa. Demikian mungkin perasaan ditanggung oleh Nai Sim, Nai Pa dan Nai Ya terhadap adik mereka Nai Man. Maka berpakatlah mereka untuk membebaskan Nai Man pada malam sebelum hukuman.

Pada malam itu mereka mendesak Nai Man melarikan diri hilang dari Asun. Keluar dari Kedah yang pada masa itu diperintah oleh Thai dan jangan sekai-kali kembali buat selama-lamanya. Nai Man terpaksa meninggalkan anak isterinya dengan menyuruh mereka meninggalkan Asun dan bermukim di Jeram yang pada ketika itu diperintah oleh Penghulu Putih sepupu kepada Nai Sim. Itulah sumpah setia mereka. Nai Man keluar membawa diri. Bersumpah buang saudara mara serta gelaran dan tidak akan balik lagi ke Kedah.

Di Perak dia bukan lagi Nai Man tetapi Mat Saman. Dia berkahwin dengan Salmiah anak gadis kepada keuarga angkatnya (Orang Kedah) Mereka suami isteri berpindah ke Kampung Sungai Kepar meneroka tanah bersawah padi. Hasil pernikahannya dikurniakan anak tunggal perempuan dinamakan Teh bt. Mat Saman (Nai Teh bt Nai Man) Cica tahun 1920 semasa berusia belasan tahun Teh berkahwin dengan Muhammad b,Haji Salam.

Teh meninggal zaman Jepun dan saya sendiri lahir dibidankan oleh nenek saya Teh atau lebih dikenali Teh Bidan Siam. Saya tidak dapat meihat Nai Man kerana dia meninggal saya pun belum lahir,
Alah Maha berkuasa satu abad berlalu kiasanya menjadi sejarah buat saya selepas bertemu Allahyarham En. Zainon suatu ketika dahulu.

Saya paparkan cerita ini bukan ada sebarang tujuan hanya sekadar berkongsi cerita. Jika ada sesiapa dari Kedah yang lebih mengetahui amatlah saya hargai untuk mendapat lebih pencerahan..
Walahualm.
Cerita ini diolah semula oleh: Zulkefly Baharom

No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009