Pendang Lake Resort terletak di Pekan Pendang dan di pesisir sebuah tasik yang indah di bawah seliaan Majlis daerah Pendang. Resort ini pernah menjadi venue Perjumpaan Keluarga pada 25 Oktober 2006.
Tahun 2019 bersamaan 1440 Hijrah, sekali lagi kita akan berkumpul di lokasi yang sama untuk perjumpaan kali ke 46. Kawasan yang lapang dan luas di sisi sebuah tasik yang indah akan memberikan suasana yang ceria kepada perjumpaan kali ini.
BAGAIMANA HENDAK KE PENDANG LAKE RESORT
Dari arah Utara, boleh menggunakan Lebuhraya PLUS dan keluar di Exit 175 (Lihat gambar) Exit 175 dari arah Utara. Selepas Tol belok ke kiri melalui Jalan Pendang Tanah Merah.
Exit 175 dari arah Selatan (Foto Bawah)
Landmark sebagai panduan untuk masuk ke Pendang Lake Resort ialah Stesen Petronas Pendang. Masuk simpang sebelum Petronas. Pada simpang tiga belok kanan dan seterusnya kiri di simpang berikutnya. Lihat panduan pada peta di bawah,
Bagi keluarga yang ingin menggunakan Route K1 (jalan lama Utara Selatan), masuk ikut persimpangan di Kota Sarang Semut, Kiri dari arah Utara dan kanan dari arah Selatan.
Video Pendang Lake Resort di bawah telah dirakam dan diedit oleh admin pada 4 Mei 2019. Dalam video ini admin telah ambil jalan dari arah pekan Tanah Merah.