Saturday, July 12, 2014

Perjumpaan Keluarga Kali Ke 41


Assalamulaikum kepada seluruh kaum keluarga Tok Nai Din. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga ibadah kita semua diberkati Allah dan diberikan ganjaran sewajarnya. 

Aidil Fitri tahun 1435 Hijrah bersamaan 2014 Masehi akan muncul pada penghujung Julai ini dan seperti biasa Insyaallah kita akan berhimpun lagi di perjumpaan keluarga Tok Nai Din tahunan. Ia merupakan bukan sekadar tradisi untuk mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama keluarga tetapi adalah tuntutan Nabi besar kita Muhammad S.A.W. Saya salin satu posting blog tentang tuntutan menghubungkan silatulrahim ini.


Rasulullah SAW pernah bersabda ''tidak akan masuk surga orang yang memutuskan tali silaturahim'' sudah ada balasan dari Allah orang yang bersilaturahmi yaitu surga, dan sebaliknya bagi orang yang memutuskan tali silaturahmi yaitu neraka. Begitu besarnya balasan Allah sehingga begitu besar juga cobaan yang akan dihadapi.


Manfaat menjaga tali silaturahim, antaranya :

1. Menjaga tali persaudaraan
2. Diberi umur panjang, karena ada pepatah mengatakan ''jika kamu ingin memiliki umur panjang, maka jagalah tali silaturahmi''
3. Memudahkan kehidupan dan mudah mendapat Ilmu
4. Mudah mendapat Rezeki
5. Mendapat kebahagiaan lahir maupun batin

Sempena Aidil Fitri tahun ini Jawatankuasa telah memutuskan bahawa Perjumpaan keluarga Tok Nai Din akan diadakan di rumah cucu saudara Penghulu Hassan di Kota Sarang Semut, pada 2 Syawal 1435H (Hari Raya kedua)

Alamat Perjumpaan 

Rumah Abd Rahman bin Long
(Man Roti Canai/Man Janggut)
Kampung Alor Terjun,
Belakang Taman Gemilang Fasa 2,
Jalan ke Kompleks MADA
Kota Sarang Semut, Kedah
Tel: 012 463 1236

BAGAIMANA HENDAK PERGI 

1. Jika dari Alor Setar, dengan melalui jalan lama (Jalanraya Persekutuan Route 1) masuk kanan ke Jalan Kuala Sala (Route K366) selepas Balai Polis dan SHELL Kota Sarang Semut dan sebelum lampu isyarat. 

2. Jika dari Selatan (arah dari Sungai Petani). Selepas  sungai dan Lampu Isyarat belok kiri ke Jalan Kuala Sala (route K366). 

3. Jika menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, keluar ikut susur keluar di Pendang dan selepas Toll belok kanan ke arah Kota Sarang Semut. Di lampu isyarat Pekan Kota Sarang Semut, belok kanan dan kemudian kiri ke Jalan Kuala Sala. 

PROGRAM MAJLIS 

8.00 pagi  - Ketibaan kaum keluarga Tok Nai Din dan diikuti

  • Daftar Kehadiran
  • Sarapan pagi
  • Bacaan Al Quran
  • Tahlil
  • Memperkenalkan Barisan Jawatankuasa Keluarga Tok Nai Din
  • Ucapan Aluan Tuan Rumah
  • Ucapan Pengerusi Keluarga Tok Nai Din - Tn Syeikh Alaudin bin Dato' Sheikh Abu Bakar
  • Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak
  • Persembahan susur galur Keluarga Tok Nai Din
  • Ramah mesra bersama keluarga di bawah kelolaan En Abd Halim bin Hj Ahmad (Timbalan Pengerusi) dan Encik Kamarul Bahrin bin Hj Yusof (Naib Pengerusi)
  • Penyampaian Hadiah Peraduan Mewarna
  • Sumbangan Duit Raya untuk kanak-kanak
  • Sumbangan Cenderahati kepada Ahli Keluarga Veteran
  • Cabutan Bertuah
  • Jamuan Hari Raya
  • Salam Perpisahan
CATATAN
  • Kawasan Letak Kenderaan ialah di Taman Gemilang kerana di rumah tempat perjumpaan tidak ada kawasan meletak kenderaan. 
  • Kaum Keluarga boleh membawa kuih raya untuk dimakan bersama
  • Jika ada kaum keluarga yang ingin menyumbang duit raya untuk kanak-kanak bolehlah serahkannya kepada Urusetia untuk dikumpul sebelum agihan
  • Sekiranya ada sesiapa yang ingin menyumbangkan hamper atau lain-lain barang bolehlah serahkan kepada Urusetia untuk tujuan Cabutan Bertuah
  • Penjualan sticker kenderaan (kereta dan motorsikal) akan dijual pada hari perjumpaan untuk mengisi Tabung Keluarga Tok Nai Din
GALERI PERJUMPAAN TAHUN 2013 DI KEM BINA INSAN, PAYA PAHLAWAN, JITRA














No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009