Wednesday, July 30, 2014

2 Syawal di Alor Terjun

Hari ini 2 Sywal 1435 bersamaan 29 Julai 2014 kaum keluarga dari keturunan Tok Naidin telah bertandang ke rumah En. Abdul Rahman bin Long atau bagi penduduk sekitar Pekan Kota Sarang Semut dikeali sebagai Man Roti Canai atau Man Janggut. Beliau adalah seorang peniaga roti canai di sebuah gerai di Pekan Kota Sarang Semut, merupakan cucu saudara kepada Penghulu Hassan.

Penghulu Hassan

Kaum keluarga Tok Naidin mula tiba sejak awal pagi dan berhimpun sebagai aktiviti tahunan keluarga walaupun hujan yang turun sebentar tidak melemahkan semangat mereka menyahut seruan Nabi Muhammad S.A.W untuk menjalin dan mengeratkan Tali Silaturahim.

Suasana ceria dan gembira terbayang pada mereka yang datang dari jauh dan dekat kerana bagi sebahagian besar mereka hanya dapat berjumpa kaum keluarga setahun sekali memandangkan kekangan tugas dan faktor geososial. Perjumpaan tahun ini ialah untuk kali ke 41.

Satu pembaharuan yang diusahakan oleh Jawatankuasa tahun ini ialah dengan menghimpunkan kaum Keluarga dari jurai keturunan Penghulu Hassan di bawah satu khemah.
 Rajah di bawah adalah jurai keturunan Tok Naidin sehingga jenerasi ke5. Semoga sesiapa yang berminat untuk membuat kajian tentang salasilah keluarga sendiri bolehlah mula dari sini. Mungkin ada lagi kaum keluarga dari jenerasi ke6 dalam jurai keturunan masing-masing yang boleh dibuat rujukan dan perkembangkannya.

Gambar-gambar Perjumpaan boleh dilihat di Facebook Keluarga Tok Naidin


No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009