Friday, September 04, 2009

Perjumpaan Keluarga Kali Ke 36 -2009

Seperti lazimnya, keluarga Tok Naidin akan menganjurkan perjumpaan keluarga sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Perjumpaan seperti ini adalah bertujuan untuk membolehkan semua ahli keluarga dari keturunan Tok Naidin berjumpa, berkenal-kenal dan mengeratkan lagi tali silatulrahim sesama mereka. Usaha mengeratkan tali silatulrahim sesungguhnya amat disukai oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Perjumpaan tahun ini akan diadakan di sebuah tempat yang dinamakan Kem Kenari Nature Park, Jalan Tangga Kenari, Kampung Aceh, Yan, Kedah. Sila lihat peta untuk ke tempat tersebut.
MAKLUMAT PERJUMPAAN

Tarikh : Hari Raya Kedua bersamaan 2 Syawal 1430 H
Masa: mulai 8.30 pagi
Tempat : Kem Kenari Nature Park
Jalan Tangga Kenari
Kampung Acheh, Yan
Kedah.

Tema perjumpaan tahun ini ialah "KELUARGA BAHAGIA MATLAMAT PERJUMPAAN"

Gambar-gambar di bawah adalah imbasan apa yang ada di Kem Kenari tempat di mana perjumpaan keluarga akan diadakan. Semua gambar ini dipetik DI SINI.
Pejabat Pentadbiran kem

Kantin Kem Kenari

Chalet-chalet untuk pengunjung

Sungai tempat mandian. Kalau nak berkelah boleh bawa kain basahan kot, khususnya untuk anak-anak. Orang dewasa pun boleh juga.

Aturcara Majlis an Keluarga Tok Nai Din Kali Ke 36 height="500" width="100%" > value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=19419534&access_key=key-2a84iwrg1a369zkirhc7&page=1&version=1&viewMode=">


SEMOGA DENGAN KEHADIRANSEMUA KAUM KELUARGA SEKELIAN, MAJLIS PERJUMPAAN TAHUNAN KELUARGA TOK NAI DIN INI AKAN BERTAMBAH MERIAH DALAM USAHAMENGERATKAN SILATULRAHIM SERTA AKAN DIBERKATI OLEH ALLAH SWT JUA.

No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009