Berdasarkan salasilah keluarga yang dipetik dari buku salasilah keluarga, saya berasal dari jurai keturunan Tok Yusof dan isteri beliau Tok Yam (Rajah di atas). Tok Yusof dan Tok Yunus adalah merupakan anak kepada TokNai Long. Tok Yusof pula mempunyai tiga orang anak iaitu Lebai Lah, Mat Hasan dan Mat Aji. Daripada sini salasilah menunjukkan saya adalah dari jurai keturunan Mat Aji yang mempunyai empat orang anak - Puteh, Lebai Taha, Siti Hawa dan Hj Mehad. Dari sini maka saya mengenali nama Lebai Taha. Nenek saya sebelah ibu dan juga nenek sebelah bapa adalah dua beradik. Sofiah bt Lebai Taha anak sulong dan Mariam Lebai Taha anak ketiga. Rajah di bawah. Ini bermakna bapa saya dan ibu saya berkahwin sepupu. Mereka kini menetap di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah
No comments:
Post a Comment