Sudah menjadi tradisi bagi Keluarga Tok Nai Din berkumpul untuk beramah mesra dan menjalinkan serta mengeratkan tali silarulrahim sesama ahli keluarga.
Tahun ini sempena Aidil Fitri 1436 Hijrah tradisi ini diteruskan. Kali ini perjumpaan keluarga akan diadakan di Taman Mega, Alor Setar. Tuan rumah kali ini ialah Dato' Hj Azmi bin Hj Jaafar.
Perjumpaan akan diadakan pada 2 Syawal dan akan diisi dengan berbagai aktiviti yang boleh menjadi ice breaking untuk kenal mengenal sesama kaum keluarga.
PELAN LOKASI
PENGISIAN MAJLIS
Semoga kaum keluarga dari keturunan Tok Naidin menyediakan sedikit masa pada 2 Syawal untuk hadir dan kenal mengenal adik beradik bagi mengukuhkan ukhuwah keluarga.
FACEBOOK KELUARGA TOKNAIDIN |
No comments:
Post a Comment