Sudah dua kali beberapa orang ahli keluarga dari kaum puak berlainan di bawah jurai keturunan Tok Nai Din berjumpa di rumah Pak Njang Azemi Hj Jaafar di Jalan Kuala Kedah. Adalah dimakluman juga bahawa Pak Njang akan juga menjadi hos untuk perjumpaan tahunan Keluarga Tok Nai Din pada tahun 2015 ini.
Objektif perjumpaan tersebut ialah untuk mengemaskini senarai kaum keluarga yang didapati sudah sampai ke generasi ke 13. Sememangnya semakin besar tetapi dokumen yang diguna pakai sekarang dan dianggap lengkap merakamkan sehingga generasi ke 7 sahaja. Walaupun ada jurai keturunan yang mebih dari itu kerana ada usaha individu yang mengambil berat silatulrahim keluarga merakan lebih dari itu.
Semasa perjumpaan pertama yang diadakan lebih kurang sebulan yang lepas, individu-individu yang teah dikenalpasti telah diberikan tugas sebagai koordinator bagi jurai keturunan masing-masing. Mereka ialah Captain Harif untuk Keluarga Sungai Baru dan Kuala, Zahari Baharum untuk jurai Lebai Taha dan Air Hitam. Sementara Kamarul Bahrin Yusif sebagai penyelaras mengumpul segala info dari koordinator.
Adalah diharapkan kaum keluarga Tok Nai Din yang membaca blog post ini dan merasakan ingin menyumbang tenaga dan masa untuk membantu mengemaskini Salasilah keluarga ini adalah amat dialu-alukan. Ini adalah kerja yang digemari oleh Nabi Muhammad S.A.W dan semoga ganjarannya diperolehi di akhirat kelak.
Fasa pertama dalam proses mengemaskini Salasilah Keluarga ialah mengumpul gambar-gambar lama dan gambar keluarga. Koleksi ini dicadang akan didokumentasikan dengan lebih kemas supaya menjadi rujukan generasi masa depan keluarga Tok Nai Din.
Keturunan Tok Nai Din bukan calang-calang orang dan seluruh keturunannya boleh berbangga kerana beliau adalah antara pahlawan Melayu yang menentang tentera Sukothai di era Perang Musuh Bisik pata tahun 1800an.
Disamping itu jika dapat disahkan sejarahnya kelak, maka keturunan Tok Nai Din ini juga adalah dari keturunan Raja Kubang Pasu sebelum zaman Tengku Anum.
Jomlah kita sama-sama bantu membantu dalam menjayakan proses mendokumentasi salasilah keluarga ini.
No comments:
Post a Comment