Sunday, November 16, 2014

Lawatan Ke Makam Tok Nai Din

Semasa mengikuti rombongan menjejak Salasilah Keluarga Tok Nai Din, saya berpeluang menziarah Makam Tok Nai Din yang terletak di Paya Pahlawan.

Kali pertama penemuan Makan Tok Nai Din ini telah disebuta semasa perjumpaan Keluarga kali ke XX di Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong pada 2 Oktober 2008.

Makan Tok Nai Din dulu disebut sebagai Keramat Tok Din memandangkan ramai yang datang untuk melepaskan niat dan melakukan perkara-perkara syubahah. Bersyukurlah masyarakat Islam semakin celik agama dan amalan syirik tersebut telah ditinggalkan.

Makam tersebut kini terletak dalam kawasan Ladang Kepala Sawit milik Genting Plantations dan bersempadan dengan sebuah kebun Getah milik persendirian. Walaupun Genting telah memiliki tanah tersebut dan Makam tersebut  berada di dalam kawasannya, pihak pengurusan telah mengekalkan tapak perkuburan tersebut dan tidak mengusiknya. Mereka turut melencongkan sistem perkaritan untuk tidak menganggu tapak makam tersebut.

Kami telah ke sana dengan diiringi oleh Pak Malik yang rumahnya terletak berhampiran tapak makam. Pak Malik juga ada kaitan kekeluargaan dengan Keluarga Besar Tok Nai Din.

Peta Google menunjukkan lokasi Makam Tok Nai Din

Foto semasa Makam ini ditemui sebelum kawasan ini menjadi ladang kelapa sawit


No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009