Sunday, September 12, 2010

Perjumpaan Keluarga Tahun 2010 Di Alor Setar Dalam Utusan

.
Sebahagian daripada ahli keluarga dari keturunan Tok Nai Din pada perjumpaan keluarga sempena sambutan Aidilfitri di pekarangan bangunan RTM Alor Setar, Kedah, semalam.



ALOR SETAR 11 Sept. - Lebih 1,000 orang daripada keluarga Tok Nai Din dan keluarga Penghulu Hashim masing-masing mengadakan pertemuan mesra sempena sambutan Aidilfitri di dua lokasi di bandar raya ini, hari ini.
Majlis perjumpaan keluarga Tok Nai Din yang berjaya mengumpulkan kira-kira 700 waris diadakan di pekarangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Jalan Kuala Kedah manakala pertemuan lebih 300 keluarga Penghulu Hashim di Dewan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mergong di sini.
Program kekeluargaan itu dianjurkan bertujuan mengeratkan silaturahim, menemukan susur galur sesama ahli keluarga mereka selain meraikan kehadiran Aidilfitri bersama-sama.
Pengerusi Perjumpaan Keluarga Tok Nai Din, Sheikh Alauddin Sheikh Abu Bakar berkata, perjumpaan itu merupakan kali ke-37 diadakan sejak 1974 melibatkan 11 generasi.
Katanya, semua ahli keluarga Tok Nai Din yang berkumpul itu datang dari seluruh negara untuk merapatkan hubungan, selain mengenali antara satu sama lain termasuk salasilah yang mungkin sudah dilupakan.
"Perjumpaan ini diadakan setiap tahun pada 2 Syawal dan ia tidak pernah menghampakan apabila ramai keluarga Tok Nai Din datang memeriahkannya.
"Pertemuan seumpama ini yang bertujuan mengeratkan silaturahim adalah selaras dengan tuntutan agama," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia pada majlis berkenaan.
Sheikh Alauddin yang juga merupakan Kadi Daerah Kota Setar berkata, dianggarkan terdapat lebih 3,000 keluarga Tok Nai Din di seluruh negara.
Menurutnya, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai salasilah dan sejarah keluarga berkenaan yang hanya dikenali dengan nama Tok Nai Din itu.
"Saya berharap generasi anak-anak dalam keluarga Tok Nai Din akan berusaha untuk membuat kajian lebih lanjut dan seterusnya dapat membongkar dengan mendalam sejarah keluarga ini," katanya.
Sementara itu, perhimpunan keluarga Penghulu Hashim pula disertai kira-kira 350 anggota keluarga itu seawal usia dua bulan dan paling tua berusia 80 tahun.
Jurucakapnya, Datuk Rokiah Hashim berkata, perhimpunan itu diadakan dua tahun sekali bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan waris Penghulu Hashim yang mempunyai 26 anak iaitu 12 lelaki dan 14 perempuan yang ketika ini memasuki generasi keempat.
"Perhimpunan keluarga Penghulu Hashim sempena Aidilfitri ini sudah bermula sejak 1990 dengan keanggotaan keluarga pada masa itu lebih 200 orang dan ketika ini sudah lebih 600 ahli," katanya.
Mengenai riwayat keluarga Hashim, Rokiah berkata, arwah Md. Hashim Saad merupakan seorang penghulu di Mukim Tebengau di sini, sekitar 70-an dan juga merupakan Timbalan Penghulu-Penghulu dan Penggawa Malaysia serta Yang Dipertua Penghulu Kedah.
Keseluruhan berita dan gambar dipetik dari Utusan Online
Enhanced by Zemanta

2 comments:

.::cEriTeRa HatiKu::. said...

salam..
sangt seronk walaupon panas..hehe
ramai sngt nak bergambar..sampai tak perasan gambar dah d ambil..

saya cucu kepada hj.darus..yan kedah(umah depan hospital yan tu)

PANTAI JOHOR said...

salam.. nak tanya ni.. tok nai din ngan tok nai ya jitra ada talian persaudaraan tak? setahu saya nama yg mula dgn tok nai berasal dari thailand.. betoi ka?

ALAMAT AJK KELUARGA 2009