Saya sudah sampai ke Alor Setar untuk balik menyambut Aidil Adha tahun ini. Pagi tadi terima pangilan dari Tn Sheikh Alauddin, anak TokNjang Bakar satu maklumat yang boleh membuka minda kita kaumKeluarga Tok Naidin.
Maklumat yang saya perolehi ialah pada tahun 1792, Negeri Kedah ini diperintah oleh Sultan Abdullah Mukaramshah yang merupakan yang ke 20 dalam Salasilah Kesultanan Kedah dan ia bermula dengan Sultan Muzaffar Shah. Sehubungan dengan itu saya membuatcarian dalam internet dan menjumpai satu tulisan Dato’ Hj Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof bertajuk Kedah Dalam Pemerintahan Beraja Melayu. Saya perturunkan sebahagian petikan dari tulisan beliau;
Sejak bertapaknya agama Islam di negeri ini pada tahun 531 Hijrah / 1136 Masihi (Muhammad Hassan, 1927 : hal 29 Edisi Jawi) maka bermulalah pentadbiran Islam di Kedah melalui pusat pemerintahannya yang pertama di Selatan Kedah, di Kota Bukit Meriam (1136-1236) dengan Sultannya yang pertama bergelar Sultan Mudzaffar Shah. Zaman ini dikatakan terkarangnya Hikayat Merong Mahawangsa atas permintaan Sultan Muadzam Shah (1179-1201), Sultan yang kedua. Tetapi kebenaran fakta ini masih diragukan oleh para penyelidik kerana bahagian mukadimah hikayat ini ada persamaannya dengan peristiwa Tun Seri Lanang menerima perintah mengarang buku Sulalatus-Salatin pada tahun 1021 Hijrah (W.G. Shellabear 1975 : hal. 2-4).
KDYMM Tuanku Sultan sekarang, Tunku Abdul HalimMuadzam Shah adalah merupakan Sultan yang ke 28 dalam Salasilah tersebut.
Pada 12 November 1821, Siam telah menyerang Kedah dan pada masa itu Pahlawan-pahlawan Melayu telah menentang serangan Siam itu. Antara nama yang menentang Siam itu ialah Tok Moris, Tunku Md Saad dan Tunku Kudin. Saya juga telah membuat carian dantelah mendapati beberapa perkara menarik yang mungkin ada hubungkait dengan keturunan Tok Nai Din. Jika kita tengok sejarah salasilah keluarga, disamping Tok Nai Din ada jugaTok Nai Long. Dalam carian saya terjumpa nama Tok Nai Long. Tidak pasti sama ada itulah orangnya atau secara kebetulan dari segi nama sahaja atau Nai Long itu satu gelaran kebesaran..
Saya perturunkan petikan dari laman tersebut:
1. Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah iaitu Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah mati dibunuh di Gurun Kedah. Al-marhum dimakamkan di Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Mukim Tualang Kedah Darul Aman.
2. Nai Long Ibrahim Putera Sultan Nai Long Abu Toha Raja Siam Selama, Perak mati dibunuh dan dimakamkan bersama para syuhadah yang menentang penceroboh iaitu tentera raja Buddha Rama V Chula Luang Khun. Mereka dimakamkan ditanah perkuburan Islam Kubur Panjang (kubur beramai-ramai), Mukim Rambai, Pendang Kedah.
Adalah dipercayai ramai pahlawan Melayu yang menentang Siam telah mati di sekitar kawasan yang sekarang dinamakan Paya Pahlawan, Jitra dan makam Tok Nai Din juga terdapat di sekitar kawasan itu, maka ada kemungkinan Arwah nenek moyang kita itu antara mereka yang terlibat dalam perjuangan itu.
Saya harap generasi anak-anak dalam Keluarga Tok Nai Din akan teransang untuk membuat kajian lebih lanjut dan seterusnya dapat membongkar sejarah Keluarga Tok Nai Din.
Sehubungan dengan itu saya juga telah menerima satu email dari salah seorang keluarga kita iaitu Profesor Dr.Fadil Osman yang juga menarik untuk dibuat kajian oleh generasi muda Keluarga Tok Nai Din ini. Saya perturunkan keseluruhan email yang beliau hantar kepada saya:
SELAMAT RAMODHON DAN MAAF ZAHIR BATIN, KITA JUMPA LAGI DI RTM ALOR STAR 2 SYAWAL NANTI.TOLONG SEMAK APAKAH BENAR CERITANYA BAHWA MEREKA YANG MEMBAWA GELARAN TOK "NAI DIN" DI SIAM ADALAH MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH DENGAN SAYID KETURUNAN RASULULLAH. HAL INI SAMA DAN SERUPA SEBAGAIMANA ORANG JAWA YANG BERGELAR "RADIN". TERIMA KASIH TUHAN, BUKAN NAK BERBANGGA, TAPI SEKADAR BERTERIMA KASIH KEPADA TUHAN KERNA MENJADIKAN NKAMI SEBAHAGIAN DARI KERABAT KEKASIHMU YA HABIBULLAH BAGINDAV RASULULLAH, INSAN TERMULIA....MOGA DIRAHMATI KITA DAN DISELAMTKAN KITA DARI API NERAKA DENGAN SYAFAAT BAGINDA DAN DENGAN RAHMAT ALLAH.JUSTERU KITA KEN SAMA-SAMA JAGA KETURUNAN DAN ZURIAT KITA....AGAR MANTAP TETAP DI JALAN YANG DI TERIMA ALLAHSEBAGAIMAN YANG BAGINDA RASULULLAH AJARKAN KEPADA KITA SEMUA NATARANYA IALAH MENJAGA SILATURROHIM SESAMA KAUM KERABAT.
SEKIAN, AMPUN MAAF.
DIUCAPKAN DAHULU "SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN" KEPADA SELURUH KERABAT TOK NAI DIN
DARIPADA PROFESOR DR FADIL OTHMAN, MENANTU NEPADA CICIT LEBAIN TAHA.DARI JOHOR.
WASSALAM
FADIL OTHMAN
DAN ISTERI: HALISON BINTI MD ZAIN ANAK TOK GHOSIAH BINTI LEBAI TAHA.
No comments:
Post a Comment