Sunday, September 12, 2010

Perjumpaan Keluarga Kali Ke 37

IMG_5446Perjumpaan yang diadakan di perkarangan RTM Alor Setar, Jalan Kuala Kedah telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 800 orang ahli keluarga yang datang dari merata pelusuk negeri Kedah dan juga lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia.
Aktiviti tahunan ini yang diadakan pada setiap 2 Syawal adalah bertujuan untuk mengeratkan tali silatrutrahim kaum keluarga yang berasal dari keturunan Nai Din.
Apa yang menarik kali ini timbul pula beberapa nama yang ada kemungkinan mempunyai tali persaudaraan dan ianya perlulah dibuat kajian yang lebih mendalam. Antara nama yang disebut kali ini ialah Cik Menjalara dan jika dapat disahkan maka keluarga ini akan menjadi lebih kukuh dari segi keturunannya. IMG_5432
Seperti yang ditulis dalam posting sebelum ini, kubur Tok Nai Din telah dijumpai di Paya Pahlawan, Jitra, maka ada kemungkinan Tok Nai Din terlibat dalam peperangan ketika Siam menyerang Kedah adalah antara pahlawan Melayu ketika itu. Semoga ada sanak saudara atau kaum keluarga yang mengetahui dan menyimpan rahsia tersebut dapat mendedahkan agar sejarah Keluarga Tok Nai Din dapat dirakamkan dan diabadikan untuk tatapan anak cucu dan generasi akan datang.
Turut hadir dalan perjumpaan kali ini ialah Dato’ Latt Shahriman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah yang juga merupakan salah seorang kaum keluarga Tok Nai Din.
IMG_5444 
IMG_5459
Lain-lain gambar perjumpaan kali ini boleh juga di lihat di sini. Album Keluarga Tok Nek Sara, Nur Hasanah Pazil,
Album Facebook Hafizatul Salma
Saya akan update blog ini dengan gambar dari lain-lain laman Facebook kaum keluarga atau mana-mana sumber di masa akan datang.

1 comment:

fatin6789 said...

lepas nie kita buatlah dalam perjumpaan keluarga tu ada aktiviti yang membolehkan keluarga kenal dengan lebih rapat, tak lah berkumpul sesama sendiri(=

ALAMAT AJK KELUARGA 2009