Friday, October 10, 2008

Rakaman Perjumpaan Keluarga Kali ke 35

Sambutan Aidil Fitri tahun 2008 ini tidak lepas dijadikan sebagai peluang untuk mengeratkan tali silatulrahim antara sanak saudara dalam keluarga Tok Naidin. Perjumpaan keluarga ini diadakan secara tahunan setiap hari kedua raya aidil fitri. 

Pada tahun ini perjumpaan diadakan di SMK Mergong di Alor Setar dan hos untuk perjumpaan kali ini ialah Dato Hj Azmi bin Hj Jaafar. 

Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Keluarga, YBhg. Dato' Hj. Hashim bin Ismail sewaktu perasmian perjumpaan

Perjumpaan seperti ini mengikut rekod mula diadakan pada tahun 1974 bertempat di rumah Hanafiah bin Haji Man di Sungai Yan, Yan, Kedah. Sejak perjumpaan pertama itu, Jawatankuasa telah menganjurkan perjumpaan secara tahunan sehinggalah ke hari ini. Insyaallah pada tahun hadapan perjumpaan akan diadakan di Lubok Merbau, Kedah. 

Duit raya sebagai sedekah kepada kanak-kanak tidak dilupakan dalam setiap kali perjumpaan keluarga. Yang mendukung anak kecil pun dapat ke?

Sidang media oleh Pengerusi Keluarga Tok Naidin, YBhg. Dato' Hj Hashim bin Hj Ismail untuk RTM yang membuat liputan perjumpaan tersebut. 

YBhg. Dato' Sheikh Abu Bakar Kassim selaku Penasihat sewaktu ditemuramah oleh RTM. 

Bergambar beramai-beramai sebagai kenangan diadakan di akhir perjumpaan

Cabutan bertuah juga diadakan.

1 comment:

Shahrulrock said...

Cikgu,
Saya manusia kerdil yang mula menyedari bahawa dunia luas ini semakin mengecil....
Dan kekerdilan banyak menginsafkan diri saya.Sumbangan saya terlalu kecil jika di bandingkan dengan mereka yang terdahulu.Suatu hari, pusaka ini akan di warisi,dari satu keturunan ke satu keturunan.Saya hanya ingin melakarkan kehidupan melalui medium yang kita namakan penulisan.Ianya adalah kenangan yang terakam pada kotak fikir saya,lalu dengan anugerah dariNya, saya cuba mencurahkan kenangan itu untuk di kongsi.
Terima kasih kerana meluangkan waktu menjenguk ke blog saya.

ALAMAT AJK KELUARGA 2009