Sunday, January 11, 2009

Gambar Perjumpaan Keluarga 2008

Pagi ini semasa menyemak email, saya telah mendapati satu email dari salah seorang ahli keluarga Tok Naidin. Email ini dari Alaudin bin Abu Bakar. Beliau merupakan anak kepada Penasihat persatuan Keluarga Tok Nai Din iaitu Datuk Shiekh Abu Bakar Kassim. Datuk Sheikh Abu Bakar ni saya panggil sebagai Tok nyang Bakaq. 

Saya masih ingat lagi semasa zaman kanak-kanak dulu saya sering juga menziarahi aruah bapa beliau, Kassim bin Abdullah di pondok Air Hitam, Kedah. Saya panggil aruah sebagai Tok Ndak Kassim. Salah satu nasihat aruah yang saya masih pegang dan lakukan sehingga hari ini ialah mengangkat kedua belah tangan semasa takbir dalam sembahyang. Saya masih ingat lagi beliau mengatakan bahawa mengangkat tangan itu sebagai sunat. Sunat ni bila kita melakukanmendapat pahala dan jikatidak melakukan pun tidak menjadi dosa. Sejak itulah saya tidak meninggalkan perbuatan hingga hari ini. Wallah hu alam.

Dalam email yang dikirim oleh Sheikh Alaudin yang juga Timbalan Presiden perjumpaan Keluarga Tok Nai Din beliau telah menyertakan dua keping gambar yang saya muatnaik di sini.
 

Gambar perjumpaan keluarga Tok Nai Din pada tahun2008 bertempat di SMK Mergong, Jalan Sultanah Tambahan, Alor Setar, Kedah

No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009