Monday, August 20, 2012

Perjumpaan Keluarga Tahun 2012

Syukur Alhamdulillah, perjumpaan tahun kali ini diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Guru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.
Kaum keluarga Tok Nai Din telah mula mengunjungi Dewan Guru sejak awal pagi lagi dan suasana meriah dengan penuh semangat silatulrahim kekeluargaan dapat dirasakan.

Semasa ucapannya, Pengerusi Keluarga Tok Naidin Shiekh Alauddin Datuk Abu Bakar telah menyeru agar semangat untuk mengujudkan silatulrahim terus disemai di kalangan kaum keluarga kerana ia merupakan Sunnah rasul. Rasulullah S.A.W sendiri telah berusaha untuk menjejak keturunannya sehinggalah sampai kepada Nabi Ibrahim. Jadi tidak ada sebab kita umat Muhammad untuk tidak mahu menjejaki keturunan masing-masing dan dalam keluarga besar ini, ia akan membawa kepada Tok Naidin yang dikatakan telah beredar ke Paya Pahlawan sewaktu perang Siam. Kubur Allahyarham telah berjaya di kesan di Paya Pahlawan beberapa tahun lalu.
Presiden Keluarga Tok Nai din, Syeikh Alauddin bin Datuk Sheikh Abu Bakar


Dalam perhimpunan kali ini Pengerusi juga telah memaklumkan bahawa Keluarga Tok Naidin sudah pun mencecah generasi ke 13.

Disamping itu majlis telah berbesar hati menerima satu lagi keluarga baru dari keturunan Tok Nai Din yang datang dari Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kepada semua kaum keluarga Tok Naidin adalah diharap akan terus mengeratkan tali silatulrahin keluarga berhubung antara satu sama lain.

Di zaman teknologi ini amat mudah untuk menjejaki kaum keluarga kerana ujudnya aplikasi seperti facebook telah berjaya menghubungkan sesama insan.

Bagi blogger ini sendiri, telah bertemu dengan beberapa rakan facebook semasa hadir di majlis perjumpaan ini setiap tahun.

Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini ialah peraduan mewarna untuk kanak-kanak, pemberian duit raya dan cenderahati kepada warga emas disamping cabutan bertuah.

Tuan rumah perjumpaan kali ini ialah Tn Hj Datuk Azmi bin Hj Jaafar.

Kepada mana-mana ahli keluarga yang telah mengambil foto semasa perhimpunan bolehlah upload atau share gamar masing-masing ke dalam Facebook Keluarga Tok Nai Din sebagai rakaman sejarah keluarga kita.

Sesiapa yang ada akaun Twitter dan blog juga bolehlah menghubungi saya agar kita dapat ujudkan satu generasi siber untuk keluarga kita yang disayangi ini.

Akaun Twitter saya https://twitter.com/zaharibb


No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009