Sekali lagi saya menerima email dari Dr Fadil Osman dan kali ini tentang satu blog yang boleh disusuli dengan membuat kajian lanjut tentang sejarah keturunan kita. Saya perturunkan kandungan email sepenuhnya di sini. Terima kasih Dr. Fadil.....
AsSalam saudara zahid bahrum dan Dr mohamad hamiruce
sila layari laman ini yang mengkisahkan sejarah kedah dan ada di sebut nama Nai Long.... dan mungkin boleh di kaji selidiki lagi asal usul keluarga kita dan kaitannya dengan sejarah kesultanan kedah http://sejarahnagarakedah. blogspot.com. ini maklumat dari anak sulung saya Ailwan bin Fadil yang boleh dihubungi melalui h/p nya 0169180164.dia boleh berbahasa arab dan wurdu(pakistan/india).tinggal di KL.
sekian dahulu. maaf zahir batin. boleh call saya 0197133130 any time.
sk prof madya Dr Mohamad hamiruce, UPM
Dalam blog yang diberikan oleh Dr Fadil itu ada dipaparkan Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad. Mengikut maklumat dari blog tersebut beliau adalah waris Khalifah Syarif Abu Bakar Syah dan Long Jaafar dan masih lagi menulis sejarah melalui ingatan walaupun pada usia 70an.
Apa yang menarik perhatian saya ialah nama Nai Long itu kerana ada persamaan dengan nama nenek moyang kita Tok Nai Long anak kepada Tok Nai Din. Adakah ianya satu gelaran kebesaran atau sememangnya nama sebenar seseorang.
Semoga maklumat ini meransang mana-mana anak-anak dari keturunaan Tok Nai Din untuk membuat kajian dalam terus menjejak Salasilah keluarga.
Kredit Gambar dari blog sejarahnegarakedah
4 comments:
Salam.. rupanya byk la nama tok nai.. moyang saya pun nama tok nai ya.. moyang timbalan menteri pertanian pun nama tok nai juga.. tp mengikut asal usul mereka berasal dari siam..
salam... keterunan saya pun moyang bernama tok nai ya.. moyang timbalan menteri pertanian joharo baharom pun tok nai juga.. tp dari asal usul dengaq kata tok nai berasal dari siam.. betoi ka
Nai adalah merupakan satu gelaran umum yang digunakan oleh orang-orang Siam. Saya tak berapa pasti bagaimana gelaran tersebut diberikan. Tok pada pendapat saya bermaksud panggilan hormat kepadaorang tua. Moga ada pakar bahasa boleh membantu dalam hal ini.
Mengikut Salasilah keluarga Tok Nai Din, dia dan saudaranya Tok Nai Long berasal dari Selatan Thai dan telah datang ke Kedah. Kubur Tok Nai Din telah dikesan di Paya Pahlawan, Jitra. Sekiranya moyang Tim Menteri Pertanian ada menggunakan gelaran Tok Nai, maka perlulah di buat kajian lanjut sama ada dari jurai keturunan yang sama atau orang lain yang juga telah datang dari Siam pada masa dahulu.
mungkin la jugak ada pertalian.. sebab moyang saya tok nai ya dulu peghulu jitra.. anak2 dia pun penghulu sana.. bulan 11 2011 kita ada wat perjumpaan tok nai ya. daripada maklumat saya dapat.. depa ada 4 beradik nama tok nai ya.. tp tak ingat plak nama.
Post a Comment