
Saya akui sejak saya mengikuti perjumpaan keluarga sejak tahun 1974, masih ramai daripada ahli keluarga yang hadir tidak saya kenali sehingga hari ini. Salah satu sebabnya ialah setiap keluarga akan berkumpul dalam kelompok keluarga masing-masing dan kurang berinteraksi. Itu merupakan naluri manusia yang merasakan lebih selamat berada di kalangan orang-orang yang telah dikenali.
Sekarang zaman internet telah memudahkan lagi kita kenal mengenal antara satu sama lain. Salah satu yang paling popular ialah Facebook. Melalui Facebook saya menjumpai satu keluarga besar dari jurai keturunan Tok Nai Din Tok Nai Long iaitu Keluarga Tok Nek Sara. Senarai link yang saya paparkan di bawah adalah di bawah Jurai keturunan tersebut.
Salasilah di bawah ini saya ambil dari Facebook Keluarga Tok Nek Sara.


Profil keluarga yang juga terdapat di dalam FB ialah KELUARGA TOK ARIFFIN@ PENGHULU AWANG. Penghulu Awang atau Hj Ariffin Bin Hj Jusoh, anak kepada Penghulu Jusoh b Hj Yunus b TokNai Long b TokNai Din.

Kepada kaum keluarga yang telah dan akan mengujudkan profil keluarga di dalam Facebook di harap dapat mebghuraikan dengan lebih lanjut tentang profil keluarga masing-masing bagi pengetahuan ahli keluarga yang lain, khususnya anak cucu kita di masa akan datang. Inilah satu-satunya rekod keluarga yang boleh diarkibkan untuk generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment