Wednesday, September 23, 2009

Buku Pelawat

Setiap kali pengunjung tiba ke laman blog ini akan disambut dengan buku pelawat. Saya selaku pengendali  blog ini mengucapkan terima kasih kepada yang telah mengisi buku pelawat dan menerangkan secara ringkas tentang diri masing-masing.

Melalui posting ini saya ingin respon kepada Zaim tentang cadangan yang diberikan. Sepanjang pengetahuan saya, Jawatankuasa Tok Naidin ada melantik wakil-wakil keluarga bagi kawasan-kawasan di mana terdapat ramai kaum keluarga keturunan Tok Naidin bagi menyampaikan sebarang makluman. Adalah mustahil bagi AJK sendiri untuk menghubungi semua kaum keluarga kerana keluarga kita adalah agak besar.

Tujuan laman blog ini saya ujudkan juga mempunyai niat dan tujuan yang sama memandangkan kita sedang menuju zaman teknologi dan ada tempat untuk membuat rujukan tentang keluarga besar kita,khususnya bagi generasi muda yang lebih mudah berjinak dengan instrumen teknologi ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Zaim dan juga semua keluarga yang lain yang telah mengunjungi blog ini dan menandatangan buku pelawat.


No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009