Perjumpaan Keluarga Tok Naidin bagi tahun 2006 telah diadakan di Pendang yang terletak di pekan Pendang kira-kira 20 km dari bandar Alor Setar.
Perjumpaan yang diadakan setiap kali Hari Raya kedua Aidil Fitri
adalah bertujuan untuk menghimpun seluruh keluarga dari jurai keturunan Tok Naidin. Perhimpunan kali ini diadakan pada 25hb Oktober 2006 bertempat di Pendang Lake Resort, Pendang.
Perhimpunan kali ini menyaksikan Presiden yang baru dilantik, Dato' Hj. Hashim bin Ismail melaksanakan tugasnya buat kali pertama. Presiden yang lepas ialah Dato' Hj. Abuk Bakar bin Kassim, bekas Pengetaua Maktab Mahmud Alor Setar.
Seramai hampir enam ratus ahli keluarga telah menghadirinya yang buat kali pertama diadakan di sebuah dewan yang lebih selesa berbanding perjumpaan pada tahun-tahun sebelumnya yang diadakan secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga di rumah masing-masing.
No comments:
Post a Comment